Home » , , , » usah ditambah luka di hati

usah ditambah luka di hati

Written By royanty baruddin on Wednesday, 26 March 2014 | 3/26/2014 12:11:00 am

Betapa berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pergi tak kembali, hilangmu tanpa kesan. Kalau meninggal mana kuburnya? Itu semua ketentuan Allah. Siapa kita untuk menolak takdir.

Bila berlaku bencana macam ni, masing-masing menunding jari mencari siapa yang silap. Cuba kita fikir, tak ada siapa inginkan ini berlaku. Walau berbeza agama, bangsa, kerakyatan, masing-masing bersatu hari memberi bantuan.

Tak perlu la kita sesuka hati memberi komen yang akan mengguris perasaan keluarga mangsa yang terlibat. Jangan di tambah luka di hati mereka. Cuba letak diri kita di tempat mereka. Kalau kita tak boleh nak mengubat luka mereka jangan di tambah keperitannya.

MH730 ...hilang mu penuh tanda tanya. Tak kiralah apa pun yang berlaku, sama-samalah kita mendoakan yang baik-baik untuk semua yang terlibat. 


0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.