Impak Shaklee kepada saya

Written By royanty baruddin on Wednesday, 20 August 2014 | 8/20/2014 11:00:00 pm

Setiap orang ada alasan dan cerita mereka sendiri. Apa Shaklee memberi impak kepada hidup mereka. Di sini saya nak share apa impak yang terjadi dalam hidup saya. 

Saya berkecimpung dengan Shaklee 9 bulan. 9 bulan juga saya menjadi blogger. Sebelum ini tak pernah termimpi nak menulis blog. Tapi dengan berShaklee saya jatuh hati dengan blog saya. 


Shaklee mengajar saya erti ketabahan. Jangan mudah putus asa. Jika dulu saya menghadkan usaha saya untuk 3 kali sahaja untuk mencuba. Dan jika kali ke3 masih gagal, saya akan lupakan saja impian saya itu.


Shaklee juga membuka minda saya. Jika dulu saya tak pernah termimpi untuk mendapat sahabat selain kawan-kawan sekolah dan opis. Kami jarang bertemu tapi kami rapat. Kami saling membantu memberi semangat kala kami rasa perlu sokongan. Walau pun dari jauh. Kami saling membantu, memberi semangat dan berbincang walau pun jauh terasa dekat... Super Sister Y.A.N. Terima kasih kat korang walau pun kita dari bidang yang berbeza, berbeza umur dan dari negeri yang berlainan. Sayang korang tanpa salah sorang terasa tak.complete je rasa.. .. saya juga saya Ummi dan adik beradik yang lain. Jalinan ukhwah yang terjalin amat saya hargai.


Dengan Shaklee juga saya kenal pelbagai ragam manusia. Walau dari family (upline) yang berbeza tapi tak lokek ilmu untuk di kongsi bersama. Tiada istilah lokek ilmu. Semoga di murahkan rezeki.

Saya juga rasa lebih sihat dan berkeyakinan. Walau pun bidang kerja saya kena bergaul dan kenal ramai orang tapi sekarang saya dah dapat mengikis sikap rendah diri dan yakin untuk ke depan. Memahami dan jatuh hati dengan bisnes Shaklee, membuat saya rajin untuk menyertai bengkel, kelas dan baca buku nutrisi dan ambil berat bila keluarnya isu pasal kesihatan di media masa, media cetak, fb dan seangkatan dengannya. Supaya saya jadi seorang SID yang berpengetahuan.


Dengan Shaklee juga saya jadi lebih positive dan suka bergaul dengan mereka-mereka yang positive. Semoga Shaklee berjaya merubah saya dan hidup saya menjadi sepert idola saya.... Aamiin.






2 comments:

  1. Super sister YAN...Y tu boleh jadi nama ai x hahahah

    ReplyDelete

Powered by Blogger.