Home » » Impian yang belum terlaksana

Impian yang belum terlaksana

Written By royanty baruddin on Wednesday, 6 August 2014 | 8/06/2014 07:31:00 am

Majoriti kita sebagai manusia mempunyai impian. Ada orang mempunyai impian yang besar, ada yang mempunyai impian yang gila dan ada yang mempunyai impian yang biasa-biasa.



Impian saya, tak de lah ngah macam orang lain impikan. Impian saya nak jadi WAHM. Saya nak anak-anak saya membesar depan mata. Waktu kerja saya, saya yang tentukan tak perlu terkejar-kejar punch card kejar masa untuk datang ke opis. Di abad ini, masa kita banyak di habiskan di luar tinggal beberapa jam saja peruntukan untuk rumah, anak-anak dan suami. Satu je yang saya nampak buat masa ini dengan buat bisness Shaklee saja yang mampu jadikan impian saya menjadi kenyataan. Dah ramai pun yang berjaya. InsyaAllah satu hari nanti impian utama saya akan menjadi kenyataan.

Impian saya juga nak hidup bebas hutang. Nak jadi kaya. Bukan lah nak kata tak bagus hidup yang sekarang cuma bila kita kaya kita boleh membantu pada mereka yang kurang bernasib baik. Mengembirakan hati orang-orang yg kita sayang.


Impian saya juga, saya nak ayah berhenti kerja. Sebab bila saya dah kaya dan berjaya, saya nak ayah berehat di rumah. Sepatutnya dalam usia ayah yang dah menganjal 60an dengan penyakit 3 serangkainya, dah memang sepatutnya ayah berehat. Anak-anak semua dah besar dan bekerjaya tapi di sebabkan masing-masing hanya hidup biasa-biasa belum mampu nak membiaya ayah dan mak 'bersantai' sepenuhnya. InsyaAllah berkat doa mak dan ayah, impian ini akan terlaksana.

Ikutkan banyak lagi impian saya tapi ini impian saya yang utama.

semoga impian saya menjadi kenyataan. Aamiin...





0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.