Maybank Global CR day 2014

Written By Unknown on Sunday 28 September 2014 | 9/28/2014 10:37:00 am

Semalan berlansungnya Maybank Global CR Day 2014. Kenapa dia katakan Global? Sebab semua branch dan hq bersama-sama menjayakan acara ini. Department saya telah di tetapkan untuk menjayakan kerja gotong royong di Sekolah Pendidikan Khas KIU di Kg. Pandan, kuala Lumpur (Persatuan Kebangsaan Pekak Malaysia).


Acara bermula seawal 8 pagi sehingga jam 1.00 ptg. Sebelum memulakan kerja kami sarapan beramai-ramai. Selepas itu di ikuti berkumpul di padang untuk menyanyikan lagu negaraku dan lagu Maybank serta bacaan doa.


Kami di agih kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan kerja. Bila kerja di agih-agihkan, semua melakukan kerja jadi kerja siap dengan jayanya.


Sambil ibu bapa membuat tugas, anak-anak pula ada pertandingan mewarna dan dan teka silangkata. Jadi anak-anak tidak bosan menunggu ibu bapa siapkan kerja. Ada juga persembahan dari murid-murid semasa majlis penyampaian hadiah.

Gambar sebelum

Gambar selepas
Semoga acara seperti di dapat di teruskan oleh Maybank.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.