Home » » Siapa Saya? Tak kenal maka tak suka

Siapa Saya? Tak kenal maka tak suka

Written By royanty baruddin on Thursday, 18 September 2014 | 9/18/2014 08:35:00 pm

Cabaran berblog 30 hari - day 1 (Siapa Saya)

Pada sesiapa yang tidak kenal nama saya Royanty Baruddin. Saya di lahirkan di Kluang, Johor. Emak dan ayah berasal dari Jasin, Melaka. Kami memang berasal dari Melaka tapi di sebabkan ayah seorang tentera, 3 orang di lahirkan di Johor dan 3 lagi di Melaka. Saya anak kedua dari 4 lelaki dan 1 adik perempuan. 

Kepada yang tidak mengenali saya, mereka mesti ingat saya sombong tapi sebenarnya tidak. Saya pemalu orangnya. Tapi berjiwa kental sebab apa saya cakap kental pantang dengar ada kelas saya nak pergi walau pun tanpa kawan-kawan dan upline Saya.


Saya seorang ibu yang mempunyai 3 orang cahaya mata seorang lelaki 8 tahun dan 2 perempuan 2 tahun. Saya seorang executive bank di sebuah institusi perbankan. Saya tinggal di Klang tapi bekerja di Kuala Lumpur. Penat tu memang penat. Keluar gelap balik rumah pun dah gelap.


Kenapa saya join Shaklee?  Di sebabkan anak saya. Kisah salah seorang anak kembar saya terkena air panas dan melecur di tangan kanannya membuka mata saya.Saya nak cari peluang yang bekerja dari rumah dan anak-anak membesar depan mata. 

Semoga impian saya terlaksana satu hari nanti. Harap kawan-kawan semua mendoakan kejayaan saya.


0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.