TAFF memberi sinar harapan

Written By royanty baruddin on Friday, 17 October 2014 | 10/17/2014 07:10:00 am

Sebelum saya bercerita pasal TAFF rasanya lebih baik saya terangkan apa itu TAFF. TAFF ialah Tuanku Azizah Fertility Foundation. Ia adalah sebuah Yayasan yang di tubuhkan oleh YAM Tunku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Di tubuhkan dari tahun 2004.


Yayasan TAFF memberikan bantuan dalam bentuk dana kepada pasangan yang sukar untuk hamil untuk pertama kalinya. Kos rawatan IVF di biaya oleh TAFF.  Di sebabkan kos rawatan IVF yang mahal bagi golongan yang berpendapatan rendah, TAFF memberi peluang ini dengan menaja kepada pasangan yang layak.

Tunku Azizah Sendiri mengalami masalah kesuburan dan pernah mendapatkan rawatan di banyak tempat dan pernah megalami 16 kali kegagalan dan 6 keguguran. Tapi berkat kesabaran Alhamdulillah Tunku Puan berjaya hamil dan kini memiliki 6 orang cahayamata.

Ini ada usaha murni TPP, membantu mereka-mereka yang mempunyai masalah kesuburan. Memberi impian dan harapan kepada pasangan untuk memiliki anak sendiri. Untuk pengetahuan anda, dana untuk yayasan ini TPP peroleh dari jualan buku masakan kampung. 

Antara kreteria untuk memohon TAFF ialah:
  • Pendapatan isi rumah (suami dan isteri kurang dari RM4,000.00 sebulan)
  • telah berkahwin sekurang-kurangnya 3 tahun
  • belum pernah memiliki anak sendiri
  • isteri berumur kurang dari 45 tahun
  • warganegara Malaysia 
Kepada sesiapa yang layak dan memerlukan bantuan boleh menghantar sampul surat bertulis alamat sendiri berserta setem ke :

Tunku Azizah Fertility Foundation
Istana Abdul Aziz, Bandar Indera Mahkota
25200 Kuantan, Pahang

Phone : 09 573 3241 (Abby)
Email : taff2004@streamyx.com


4 comments:

  1. wah saya tak tahu pun pasal TAFF ni sebelum ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab kurang pendedahan dan hanya orang yang ada masalah kesuburan dan memerlukan bantuan saja yang tahu. sebab itu saya share. terima kasih sebab sudi baca

      Delete
  2. Waa..boleh di kongsi ni..

    ReplyDelete
  3. Anonymous18/5/16

    terima kasih sudi share info

    ReplyDelete

Powered by Blogger.