Normalkah bacaan darah saya?

Written By Unknown on Saturday 6 May 2017 | 5/06/2017 09:47:00 pm


Apa itu darah tinggi

Tekanan darah tinggi ialah penyakit yang biasa berlaku berlaku apabila darah yang mengalir di saluran darah (arteri) mempunyai tekanan yang lebih tinggi dari biasa. Tekanan darah diukur melalui berapa jumlah darah yang di pam oleh jantung, berbanding berapa jumlah rintangan terhadap pengaliran darah di dalam arteri kita.

Bacaan Darah Tinggi
Meskipun mempunyai pelbagai simptom yang berkaitan dengan penyakit darah tinggi, kebanyakkan dari kita tidak sedar bahawa kita mempunyai sakit darah tinggi kecuali melalui pemeriksaan dengan pakar. Dengan menggunakan peralatan untuk memeriksa tekanan darah tinggi, 2 jenis bacaan akan diambil iaitu Systolic Pressure dan Diastolic Pressure.
  • Systolic Pressure: Tekanan darah apabila jantung berdegup ketika mengepam darah. Bacaan tekanan sistolik yang normal ialah di bawah 120 mmHg.

  • Diastolic Pressure: Tekanan darah apabila jantung berehat di antara degupan. Bacaan tekanan diastolik yang normal ialah di bawah 80 mmHg.


Simptom-simptom tekanan darah tinggi

Di antara tanda-tanda individu yang mempunyai tekanan darah tinggi ialah:
  • Kerap sakit kepala.
  • Mudah penat atau keliru.
  • Masalah penglihatan.
  • Sakit dada.
  • Sukar bernafas.
  • Degupan jantung luar biasa.
  • Darah di dalam air kencing.

Jika anda ada salah satu daripada simptom tekanan darah tinggi di atas, segeralah berjumpa doktor. Anda berkemungkinan menghadapi krisis hipertensi yang mengakibatkan serangan jantung ataupun strok.

Masalah hipertensi yang tidak dirawat boleh menyebabkan kepada penyakit yang lebih serius seperti strok, kegagalan jantung, serangan sakit jantung, menjejaskan penglihatan mata, serta kegagalan buah pinggang.

Peringatan: Sekiranya anda sedang mengambil ubat untuk sakit darah tinggi dan dalam masa yang sama ingin mencuba suplemen Shaklee, jangan sesekali menghentikan pengambilan ubat yang diberi oleh doktor. Teruskan sahaja pengambilan ubat dari doktor di samping mengamalkan suplemen, walaupun anda rasa badan sudah sihat dan tekanan darah sudah kembali ke paras normal. Hanya doktor sahaja yang boleh beri arahan untuk memberhentikan pengambilan ubat darah tinggi dan juga penyakit-penyakit yang lain.
Selain ubat-ubatan dan suplemen, pesakit darah tinggi juga perlu mengubah cara hidup seperti:
  • Kurangkan pengambilan garam.
  • Meningkatkan aktiviti-aktiviti fizikal.
  • Mengurangkan berat badan jika berlebihan melalui senaman dan pemakanan.
  • Berhenti merokok dan pengambilan alkohol.
  • Menghindari stress.
Suplemen ini sebagai salah satu dari usaha. Yang menyembuhkan ialah Allah jua. Pengambilan makanan yang seimbang serta amalan gaya hidup sihat turut membantu ke arah taraf kesihatan yang lebih baik.
*DISCLAIMER

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

anda boleh hubungi saya
013-3413974 atau untuk menyenangkan anda boleh klik
link di bawah:


https://goo.gl/fWeshj

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.