Home » , , , » Aktiviti Hari Cuti dan Hujung Minggu saya

Aktiviti Hari Cuti dan Hujung Minggu saya

Written By royanty baruddin on Sunday, 26 October 2014 | 10/26/2014 03:32:00 pm

22hb Oktober 2014 cuti Deepavali, tapi di sebabkan saya kurang sihat satu hari saya terlantar tidur di sebabkan ubat tahan sakit yang saya ambil untuk sakit gigi saya. Kepala jadi pusing, tekak mual-mual muntah. semua makan yang masuk keluar balik. Begitu kuat penangan ubat tahan sakit itu. Taubat saya tak nak makan ubat tahan sakit lagi. Keesokkan hari saya pergi kerja seperti biasa, tetapi kesan ubat tahan sakit yang kuat itu saya terpaksa mengambil cuti sakit sebab saya rasa say tak fit untuk kerja hari itu. Balik rumah sekali lagi saya tidur melayan pening kepala. 2 hari pun kesan ubat itu tidak hilang.

Di sebabkan kurang sihat dan saya tidak dapat meluangkan masa dengan anak-anak. jadi Jumaat saya bercuti selepas habis check up saya luangkan masa untuk anak-anak. Di sebabkan anak-anak suka makan, jadi Ummi pun buatlah makanan. Jumaat saya buatkan kuih pau untuk mereka. Seronok tengok anak-anak makan dengan seronoknya. 


Hari sabtu pula, sebab plan nak balik kampung tak jadi. Rindu nya nak jumpa Mak.... so hari ni kita buat kuih lepat ubi. Tak tahu la cara korang bila duk teringatkan mak masing-masing. ye la kalau dapat jumpa, seronok la, dapat call dan cakap lain. Terkadang kita rindu suasana dan memori kita bersama mak kita. Mak saya dulu pernah buat kuih untuk di jual di kedai-kedai dalam estate. so pagi-pagi sebelum pergi sekolah saya bangun awal untuk membantu mak membuat kuih yang di tempah. Alhamdulillah, kenangan dan memori serta tunjuk ajar mak sentiasa dalam ingatan. Jadi bila saya rindu mak saya akan buat kuih atau masakan yang selalu saya dan mak buat dulu. Tak kisah lah kuih kampung ke lauk kampung ke... dah memang itu asal kita.

Esok plan nak buat kuih koci pula... ni mood terlebih rajin dan terlebih rindu la ni... hihi.... saya sayang mak saya.


* entry lewat... so plan ahad pun dah jadi kenyataan.
kuih koci labu in the house.

10 comments:

  1. Waahh bestnya pandai masak sendiri. Saya pon suka kiuh tradisional ni, tapi nak buat tu, tak pandai & sorang2 memang tak rajin sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah atas didikan emak saya. bila saya rindu mak dan tak dapat balik saya suka buat sesuatu yang saya pernah buat bersama mak. Teringat kenangan masa kecil dulu selalu tolong mak buat kuih awal pagi untuk di jual.

      Delete
  2. sedapnyaaaa! lama tak makan kuih!

    sincerely,
    Najlaa 'Aqilah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali teringin buat dan makan.... puas hati. tq

      Delete
  3. wah sedap2 menunya...terliur tengok.. =)

    ReplyDelete
  4. Tengok gambar aje dah tau mesti sedap kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.... tunjuk ajar dari mak

      Delete
  5. wah..sedapnyer kuih..melelah plak air liur ni..
    btw folo sini..jmput sgah
    http://bilaakutravel.blogspot.com/2014/11/eco-walk-for-life.html

    ReplyDelete

Powered by Blogger.