Home » , , » Chickenpox (Cacar Air)

Chickenpox (Cacar Air)

Written By Unknown on Friday 21 April 2017 | 4/21/2017 10:43:00 pm


Apa itu Chickenpox (Cacar Air)?

Virus cacar air (chicken pox) pula dikenali sebagai virus varicella. Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ini ialah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak yang disebabkan oleh virus. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak dari seorang ke seorang. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters).

Cacar air (chicken pox) kebiasaannya hanya akan dialami sekali sahaja seumur hidup bagi setiap orang. Tapi boleh berkemungkinan juga terkena lebih dari sekali. Bergantung pada sistem imun setiap orang. Demam Campak (Rubeola) pula boleh dicegah dengan pengambilan vaksin MMR (Measles, Mumps and Rubella).
Cacar air / chickenpox ialah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai virus varicella. Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap dan merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak daripada seorang ke seorang.
Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters). Ianya merebak melalui dua cara iaitu:

· Melalui udara apabila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami batuk atau bersin. 
· Dengan menyentuh atau bernafas masuk “partikel virus” yang terdapat pada cecair yang keluar    daripada lepuh (blister).

Apakah tanda dan gejala chickenpox?
Anda akan mendapat cacar air 10-21 hari selepas terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air/chicken pox. Chickenpox boleh merebak 1–2 hari sebelum ruam kelihatan pada orang yang di jangkiti sehingga semua ruam kering. Kebanyakan kanak-kanak mengalami jangkitan yang tidak serius. Namun jangkitan cacar air bagi orang dewasa, remaja serta anak kecil kurang dari setahun boleh menjadi lebih serius.
Cacar air boleh juga dijangkiti dari seorang yang mempunyai kayap. Kayap disebabkan virus yang sama seperti cacar air. Biasanya jangkitan cacar air ini menghasilkan pelalian seumur hidup. Walau bagaimanapun, virus ini mungkin bersembunyi dan berulang sebagai kayap (shingles) kepada orang dewasa dan kadang-kala kepada kanak-kanak. 
Penyakit ini boleh menjadi lebih serius bagi orang dewasa dan belasan tahun, jadi berjumpalah dengan doktor anda jika anda fikir anda dijangkiti. 

Gejala Chickenpox

  • Sakit kepala, sakit-sakit badan 
  • Sakit sendi badan
  • Demam, rasa tidak sihat dan letih beberapa hari sebelum ruam timbul. 
  • Tidak selera makan 
  • Ruam bermula dengan bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada semua badan termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang, kemudian merebak ke muka, kepala, kedua-dua lengan dan kaki. 
  • Dalam masa 24 jam, ruam-ruam akan kelihatan seperti lepuh air (blister), kemudian pecah, kering dan menjadi keruping (4 -5 hari). 
Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak?
Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna. Bagaimana pun kadangkala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imum sistem kekebalan yang rendah. Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:
* Jangkitan pada telinga
* Jangkitan paru-paru (Pneumonia )
* Jangkitan pada otak (encephalitis)
* Cirit birit Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian.
* Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.
Bagaimana merawat demam campak?
Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala :
* Panadol untuk mengurangkan demam
* Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata
* Berehat dan minum air yang cukup. Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri.
* Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain. (4 hari selepas ruam timbul).
Bolehkah demam campak dicegah?
Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun. MMR adalah vaksin yang selamat. Adalah tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak mereka mendapat immunisasi. Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau petugas kesihatan.
· Bintik-bintik baru akan terus timbul untuk lima hari dan mengambil masa dua minggu untuk hilang. 

Bagaimana jangkitan chickenpox dirawat?
Amnya:
  • Elakkan anak anda ke sekolah atau taman asuhan kanak-kanak dan jika orang dewasa, elakkan pergi ke tempat kerja sehingga ruam menjadi berkerak (lebih kurang tujuh hari daripada permulaan ruam). Jika tidak kemungkinan orang lain akan turut dijangkiti.
  • Ambil ubat paracetamol untuk mengurangkan demam.
  • Minum banyak air masak.
  • Ambil makanan yang seimbang.
  • Sentiasa membasuh tangan.

Untuk rasa gatal:
  • Sapu losen calamine di tempat ruam.
  • Potong kuku pendek untuk mengelakkan kecederaan kulit semasa menggaru.
  • Ubat antihistamine mungkin diberi oleh doktor jika rasa gatal yang teramat sangat sehingga anak anda tidak dapat tidur.

Ubat antivirus untuk cacar air (dalam bentuk makan) boleh didapati dan selalunya akan diberi oleh doktor kepada mereka yang berisiko mendapat jangkitan yang teruk, iaitu: 

  • Berumur 12 tahun ke atas.
  • Mengidap penyakit paru-paru/kulit yang kronik.
  • Mereka yang menjalani terapi lama dengan mengambil ubat “salicylate” seperti aspirin.
  • Mereka yang menjalani terapi steroid sama ada jangka pendek atau berkala (dalam bentuk sedut). 
  • Segolongan ibu-ibu mengandung.
Rawatan untuk Chickenpox sila klik link ini goo.gl/urgv21

2 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian yang menarik. 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama. terima kasih sudi singgah

      Delete

Powered by Blogger.