Home » , , , , » DI SANA MENANTI, DI SINI MENUNGGU...

DI SANA MENANTI, DI SINI MENUNGGU...

Written By Unknown on Friday 28 March 2014 | 3/28/2014 12:00:00 am

Topik sekali dengar sebijik cam tajuk lagu. Siapa yang membesar tahun 90an mesti tahu lagu ni. tapi saya bukan nak citer pasal lagu.

Ni cerita saya yang suka buat kerja last minit. Sebagai seorang ibu anak tiga, tugas di rumah dan tempat kerja yang jauh dari rumah. Setiap hari 6.20 pagi saya dah keluar rumah. Tinggal di Klang dan kerja di Kuala Lumpur. Sambil tu saya ada sambung belajar 'Executive Banker' bawah IBBM sepenuhnya ditaja oleh Maybank.



Mencabar sungguh... dengan tugas di rumah, opis dan belajar. Memerlukan badan dan minda yang cergas dan sihat. Tanpa supplement saya tak rasa saya mampu menguruskan itu semua. Kejayaan tak kan datang bergolek tanpa usahakan. Bila teringat muka anak-anak semangat datang membara. Lagi pun saya nak memajukan diri, tak ada orang yang boleh bantu melainkan diri sendiri

Begitu juga dengan kehidupan, dugaan demi dugaan datang untuk mendewasakan diri kita bukan nak menyusahkan diri kita. Tiada alasan untuk berjaya. Sampai bila kita nak duduk di takuk lama? tanya pada diri kita. Kalau kita cemburukan kejayaan orang kenapa tidak kita berusaha menjadi lebih baik dari mereka.

Saya mempunyai impian yang besar. Saya nak hidup bebas dari bebanan hutang! siapa tak nak hidup kaya dan berjaya. wah!!,, sejak dua menjak kenal dengan Dr Azizan Osman ni, Kata-kata beliau ni membuat saya bersemangat la. Bukan nak bodek, Dr Azizan Osman pun bukan kenal saya. Tapi saya nak nasihat kalau anda ada kelapangan dan duit yang lebih boleh sertai program-program Dr Azizan Osman. Bukan Duniawi sahaja yang kita kejar. Apa yang boleh saya katakan program-program DAO semuanya bagus. InsyaAllah ada kelapangan saya akan sertai program-program yang lain,

Pendek kata, apa-apa pun yang kita nak lakukan, lakukan dengan sepenuh hati dan FOKUS yang penting.

Saya mahu kaya dan berjaya, Dunia dan akhirat.
InsyaAllah









0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.