Home » » kalau aku kaya....

kalau aku kaya....

Written By royanty baruddin on Thursday, 20 March 2014 | 3/20/2014 11:44:00 pm

Sebelum ini mungkin saya tak sedar sebab selama ini pergi klinik cover by company, pergi checkup dan operate untuk sakit slipped disc di dua hospital swasta, company tanggung. Selesa dan tak perlu fikir apa-apa.

Bila emak jatuh sakit? Yang itu company tak tanggung. Kesian tengok keadaan mak di hospital kerajaan. Bukan nk memperlekehkan hospital kerajaan tapi memang sesak dan kita yang tengok pun tak selesa apa ntah lagi dengan empunya badan yang menanggung sakit dan bermalam di situ.

Rasa bersalah sangat tak dapat bagi keselesaan bila mak sakit. Boleh tahu yang mak kurang selesa. Mana menanggung sakit, pening dengan ragam pesakit-pesakit lain. Dengan panas lagi, kami yang tak pernah sakit dan bermalam di hospital kerajaan tak tahu, rupanya semua orang bawa kipas angin dari rumah. Tengahari itu juga aku keluar belikan kipas supaya emak rasa sedikit selesa. Rasa bersalah yang amat. Kalau aku kaya.... aku akan pastikan keselesaan untuk emak. Tapi apa kan saya anak mu ini belum ada keupayaan . Doakan anakmu inj satu hari nanti kaya. Mak tak perlu menghadapi situasi sebegitu (bukan la mendoakan mak masuk hospital lagi).

Kalau aku kaya... aku tak kan melupakan kedua orang tua ku, adik beradik dan famili ku.

Semoga satu hati nanti anakmu ini kaya dan berjaya. Doakan kan anakmu ini.

Dengan Shaklee aku ingin mengubah hidup ku dan org yang berapa di sekelilingku.

I LUV MY FAMILY
ADIK-BERADIK.... (DUA YG CICIR TU JGN KECIK HATI LAK...)


Emak dan Ayah Tercinta

                                                                   My Famili (twin dlm perut masa ni)
Add caption

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.