Home » » tiada dua tiada tiga.. kau satu-satunya

tiada dua tiada tiga.. kau satu-satunya

Written By Unknown on Tuesday 1 April 2014 | 4/01/2014 11:47:00 pm

Tiada khabar gembira yang boleh di gambarkan bila mendengar ibu kita sihat. Betul tak? Alhamdulillah, syukur ya Allah. Jarak yang jauh dari kami adik beradik merisaukan bukan apa bila emak dan ayah sakit atau pening.


Di sini saya nak tekankan. Ayah dan ibu tiada duanya. Tak kira la sama ada ayah ibu sendiri mahu pun mertua. Bila kita dah kahwin ayah dan ibu mertua pun sama darjat dengan ayah dan ibu sendiri. Dalam kesibukan tugas harian kita, apa la salahnya kita luangkan masa menjengguk atau pun menelefon untuk bertanya khabar ayah ibu kita. Bukan wang ringgit yang dia orang pinta sekadar secebis ingataan anak kepada orang tuanya. Tanpa mereka siapa lah kita. Kejayaan kita hari ini adalah betkat doa mereka. Dalam doa mereka tidak putus untuk kesejahteraan anak-anak mereka.



Kepada para menantu pula bagaimana kita sayang ibu bapa kita begitu juga pasangan kita. Jangan jadi batu penghalang kasih sayang antara anak dan ibu bapa mereka. 

Kasih mu tiada dua nya.... apa la sangat wang ringgit kalau nak di bandingkan kesihatan ayah dan mak. Kalau diri sendiri kita boleh 'reward' jangan pula berkira nak 'reward' ayah dan mak kita.



Ayah dan mak... saya sayang kalian berdua
Tak kan ada yang boleh ganti tempat kalian

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.