Home » , , , » usirkan cakap-cakap biawak itu

usirkan cakap-cakap biawak itu

Written By royanty baruddin on Friday, 4 April 2014 | 4/04/2014 08:06:00 am

Hidup bermasyarakat itu bagus. Tapi bila masyarakat itu memberi impak kat impian dan harapan kita.... itu tidak bagus. Semua orang ada impian untuk berjaya. Jangan biarkan kata-kata 'biawak' ini menghancurkan impian kita.

Kata-kata yang baik kita ikut sebagai teladan. Rambut sama hitam, hati lain-lain. Ada orang senang tengok kejayaan orang tapi ada juga yang dengki dengan kejayaan orang lain.

Tentu sakit hati kan bila dengar orang berkata-kata? Ooo... kau buat macam ni sebab gaji tak cukup ye, suami tak mampu nak sara dah ye? Mulut orang kita tak boleh nak control dan tak boleh nak tutup. PEDULI KAN!!! Kita bukan mencuri, bukan melanggar undang-undang pun. PENAT MULUT dia orang bercerita ... senyap lah. 

Yang penting, kita nak majukan diri kita. Kita tak minta pun belas ikhsan orang. Kita berusaha.... itu pun atas usaha kita.



Anggap lah kata-kata cemuhan 'biawak' itu sebagai semangat untuk kita mengatur langkah menuju kejayaan. Buktikan pada mereka ini, tanggapan mereka Salah.

Pedulikan kata-kata 'biawak' ni... tak memberi kudis pun...

kenali potensi anda
tak kenal maka tak cinta

2 comments:

Powered by Blogger.