Home » , , » Kebahagian di hujung penantian

Kebahagian di hujung penantian

Written By Mum of 3 kids on Friday 17 October 2014 | 10/17/2014 10:55:00 pm

Setiap pasangan yang berkahwin sudah semestinya ingin memiliki zuriat sendiri. Saya dan suami bernikah di usia yang boleh di katakan muda. Ketika itu saya berusia 23 tahun dan suami 27 tahun. Kami tak pernah merancang untuk tidak memiliki anak di awal perkahwin.... Dari start berkahwin kami redha jika di beri zuriat awal. Tapi siapa lah kita untuk menyangkal kehendak Allah kan?

Hari demi hari berganti tahun. masuk tahun ke 3 perkahwinan kami rujuk masalah kami di LPPKN. Ye lah bila lambat ada ada mesti ada masalah. Selagi kita tak pergi Check kita tak boleh menunding jari. Biasa lah mulut-mulut orang ni kita tak boleh nak tutup. Bila lambat dapat anak, semua orang akan menunding jari ke perempuan. Bila terjadi macam ini, kata sepakat perlu di ambil. Kedua pasangan perlu membuat check dari situ baru Doktor boleh bantu.


Kami pernah buat IUI di Damansara tetapi gagal. Mungkin pada masa itu nasib kami tidak begitu bernasib baik dapat jumpa Doktor bagus dan memberi harapan. selepas gagal dan di beri taklimat mengenai IVF kami tak buat apa-apa dah selepas itu, kira kecewa dan berserah kepada takdir. Kos IVF mencecah 20 - 30 Ribu. Bagi kami yang pada ketika itu teramat lah besar. Saya cuba apply TAFF proses dari terima borang sehingga menerima watikah dana makan masa 6 hingga 7 tahun sampaikan saya sendiri dah lupa. Proses pemilihan mengikut turn disebabkan ramai yang apply. Alhamdulillah saya terima surat tawaran bulan Mac 2011 semasa itu saya mc panjang selepas operate leher atas masalah slipped disc. Betul lah seperti orang kata Allah mendengar rayuan hambaNya.

Sesungguhnya saya dan suami bersyukur sebab terpilih dan ada harapan untuk merasai perasaan memiliki anak sendiri.

Ikuti sambungan cerita kami, TAFF dan IVF. Dan suplemen yang membantu kami.

semoga kisah kami menjadi ikhtibar kepada mereka yang mengalami nasib yang sama.


2 comments:

  1. InsyAllah akan ada rezeki untuk cahayamata.Yang penting usaha dan tawakal kepadaNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. Yang penting terus berusaha dan berdoa. Jangan lupa follow entry saya lepas ini.

      Delete

Powered by Blogger.