Home » » Paracetamol Merbahaya?

Paracetamol Merbahaya?

Written By Unknown on Tuesday 16 December 2014 | 12/16/2014 12:45:00 am

Adakah Paracetamol teman setia anda kala anda demam atau kurang sihat? Ada kajian mendapati Paracetamol (ubat demam) mempunyai kesan samping terhadap tubuh badan kita. Biasa Paracetamol yang juga di kenali sebagai analgesik (ubat penahan sakit) dan antipyretics (pengurang demam) di ambil untuk melegakan sakit ringan dan sederhana seperti sakit kepala, demam, sakit otot, senggugut, sakit tekak, sakit gigi dan sakit belakang. Ramai orang memilih Paracetamol untuk melegakan sakit mereka.



Tetapi adakah anda sedar tentang kesan buruk Paracetamol??? Antara kesan nya adalah:-
- asma, gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif dan boleh menyebabkan sakit jantung serta buah pinggang.Ia juga boleh mendatangkan penyakit kanser darah sekiranya di ambil berterusan untuk jangka masa panjang.

Jika mengambil Paracetamol dengan perut kosong, minum minuman berakohol adalag cenderung untuk menerima kesan toksin daripada Paracetamol.

Jangan jadikan Paracetamol ubat yang sering anda ambil jika kurang sihat. Kerana pengambilan secara kerap dan dalam kuantiti yang melebihi daripada yang disyorkan boleh mengundang bahaya kepada kesihatan anda. Jangan pula ikut suka anda untuk menambah dos sekiranya sakit bertambah atau berulang. Anda perlu jumpa doktor untuk pemeriksaan selanjutnya.

4 comments:

  1. Paracetamol memang tak elok. Sebab tu Nad sendiri pun dah lama tak makan Panadol :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. bila sendiri dan mak dah kena baru sedar..

      Delete
  2. Katakan tak nak pada paracetamol. .hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh elakkan... tapi kalau dah terpaksa nak cakap apa kan. Pilih cara yang lebih selamat dan memudaratkan

      Delete

Powered by Blogger.