Home » , , , , , » Terapi Minda

Terapi Minda

Written By royanty baruddin on Sunday, 23 March 2014 | 3/23/2014 09:21:00 am

Semua orang mesti ada cara mereka tersendiri untuk menghilangkan stress bekerja . Ada yang suka tengok ikan dalam aquarium, ada yang suka shopping, ada yang suka memancing.

Bagi saya cara untuk menghilangkan stress saya ialah dengan membaca novel Dan Antara novelis yang saya suka ialah Aisya Sofea, Siti Rosmizah, norhayati Ibrahim, Damia Hana ... dan ramai lagi la.

Antara ramai-ramai ni saya paling suka Siti Rosmizah dan Aisyah Sofea. Semua novel dua novelis ni saya kumpul buat koleksi. Bila saya baca novel saya boleh melupakan masalah atau stress . Bila saya pegang buku jangan haraplah nak borak dengan saya. Makan minum pun saya tolak tepi. Perjalan dari tempat kerja dan rumah lama jadi saya suka membaca sambil tunggu bas atau pun dalam bas. Menjiwai watak sungguh, kalau bab sedih bukan leh kira ada kat mana...hihi, aduhai... nampak ganas dalam hati ada taman walau pun cerita tu saya dah baca banyak kali.

Mungkin dari minat membaca dan memahami situasi, saya gemar memerhati orang sekeliling saya. Kalau suami datang lambat tu, sempat la saya buat dua-dua hobi saya ni. Dalam group sekolah dulu, saya tak tahu pun dia orang ni pernah couple tapi dari perbualan kami dalam group, kekerapan dia ni muncul bila yang si dia ni muncul saya dapat agak, dan bila tuan punya diri mengakui... dia kagum sebab telahan saya itu tepat.
So... jangan main-main dangan saya...

ok la... tak kira apa pun hobi anda, biarlah berfaedah dan tidak memudaratkan.


0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.