Home » » Amalan Mudah untuk Cantik

Amalan Mudah untuk Cantik

Written By Unknown on Friday 20 June 2014 | 6/20/2014 12:17:00 am

Di sini saya ingin beri anda tips yang murah dan mudah untuk kelihatan cantik.

Selain mengambil suplemen, ada cara-cara yang mudah bagi kita yang tak nak mengeluarkan belanja untuk menjadi cantik. Bukan semua oring sanggup keluar duit untuk cantik.

1. MINUM AIR SUAM BANYAK - kerana dengan minum air banyak dapat membantu membuang toksin dalam badan, boleh juga menjaga kulit dan membakar kalori dalam badan. Jika kita kurang minum kulit jadi kering. Dan badan pun menjadi lesu. Tak susah dan murah je kos air suam tu. kena rajin dan monitor sendiri. Kesihatan kita milik kita.

2. BERSENAM - Cara hidup sekarang membataskan diri masing-masing untuk bersenam. Bila hari cuti masing-masing berebut untuk sambung tidur kerana 5 hari sudah bekerja keras. Bila hari minggu tak lepaskan peluang untuk berehat. Senaman ini baik untuk kesihatan bila peluh keluar badan kita jadi segar dan sihat. Bersenam melancarkan peredaran darah. Pilihlah senaman apa yang anda suka janji mengeluarkan peluh.

3. JANGAN MEROKOK - dewasa kini, merokok bukan sahaja lelaki tapi ada juga wanita yang merokok. Itu hak peribadi lah kan tapi apa yang saya nak tekak kan di sini. Untuk sihat dan cantik anda patut jauhkan diri dari merokok atau asap rokok. Kerana merokok boleh merosakkan kulit.

4. TIDUR MENCUKUPI - berjaga sampai lewat malam memberi kesan buruk. Nak cantik kena lah tidur awal. Bawah mata akan kelihatan gelap dan kulit muka akan kelihatan lebih lebih tua jika kita tidak cukup tidur.

5. Makan secara sederhana. Jika kita berdiet, jangan abaikan keperluan protein dan vitamin yang badan kita perlukan. Selalu kita lihat orang yang berdiet tidak mengambil itu , ini ... badan kita memerlukan tenaga. Kita kena pastikan makanan kita sihat dan elakkan makanan berlemak. Makan ketika lapar berhenti sebelum kenyang.

6. Manjakan Diri - pergi ke rawatan SPA dan sauna. Atau pun memanjankan diri di rumah. Kalau di rumah kita boleh buat rawatan muka iaitu campuran ESP dan Vitamin E. Kulit pasti lebih gebu dan licin.

7. Elakkan tekanan - tekanan mempercepatkan penuaan kerana ia menimbulkan garis-garis kedutan pada wajah. Lakukan aktiviti yang anda suka untuk mengelak dari stress. Kita juga perlu yakin dengan diri baru lah kita kelihatan hebat dan keyakinan diri juga adalah terapi untuk diri kelihatan cantik.

8. Ketawa - mengekalkan diri kelihatan awet muda kerana ia mengerakkan urat muka (senaman muka). Cuba kita lihat perbandingan orang yang suka ketawa dengan orang yang selalu sedih dan menyendiri. Nampak perbezaannya.

Atau jika anda bekerja dan ada peruntukan untuk cantik dan sihat, Shaklee ada product yang boleh membantu.


Shaklee ada Vitamin C, Vitamin E, GLA, ESP, Collagen Powder, Vivix, B complax.

Siapa yang nak tahu lebih lanjut pasal product cantik boleh
sms/whatsapp 0133413974


0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.