Home » , , , , » Kisah Raya Pertama

Kisah Raya Pertama

Written By Unknown on Wednesday 6 August 2014 | 8/06/2014 12:04:00 pm

Sekejapan je rasa dah raya ke10. Raya pertama saya tahun ni turn saya di Jasin, Melaka. Kami pulang ke Jasin pada hari Sabtu. Alhamdulillah jalan lenggang. 


Raya tahun ni meriah sikit la sebab Aliya Maisarah dan Alisha Damia dah besar sikit. Dah boleh berjalan dan melaram... sebenarnya ummi dia yang lebih bila bab anak-anak melaram ni. Bukan apa baju budak-budak perempuan kan berfesyen-fesyen.



Tema kami tahun ni oren. Sebenarnya kaminya tema 2 tahun sekali tukar. Jimat kayanya. Baju melayu suami dan Adam Hanif tak perlu beli.

Pagi selepas sembahyang raya kami ke kubur arwah nenek dan atuk. Selepas tu baru kami beraya di rumah nenek dan sedara mara yang lain.

Opsss... lupa pula nak cerita menu hari raya di rumah mak. Nasi minyak, nasi empit, rendang ayam, daging masak kurma, rendang itik, kuah kacang dan soto. Alhamdulillah, semua sedap-sedap belaka. Haaa... masa ni kita lupa jap bab-bab diet ni. Rugi tak makan bukan selalu pun. Tapi suplemen saya tak tinggal bawa bersama.


Walau tak dapat berkumpul semua sebab turn raya yang berbeza tak pe. Kemaafan itu yang penting.

Sederhana dalam semua hal. Itu lebih bermakna. Ingat pada mereka yang tak ada . Bertapa bertuahnya kita.

Selamat hari raya dan maaf zahir batin dari kami sekeluarga.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.