Home » » Anak soleh dan solehah, anak hebat

Anak soleh dan solehah, anak hebat

Written By royanty baruddin on Wednesday, 6 August 2014 | 8/06/2014 10:49:00 am

Syukur alhamdulillah, 12 tahun penantian kami berbaloi bila Allah kurniakan bayi perempuan kembar. 6 tahun sebelum lahirnya puteri-puteri kembar kami, Allah beri kami peluang menjadi ibu bapa buat pertama kalinya. Walau pun bukan lahir dari rahimku ini tapi kami bersyukur peluang datang tanpa kami duga. Bayangkan ... kami yanpa persediaan awal dari segi mental dan kewangan pada masa itu. Kalau orang mengandung mesti perasaan itu dari awal dah tahu akan lahirnya insan baru dan sedikit sebanyak persediaan kelengkapan
bayi mesti dah tersedia.

Sokongan dari keluarga juga membantu kami yang express dapat bayi yang perlukan penjagaan dalam pantang. Terima kasih semua.... walaupun masa itu ada yang menentang sebab Mohamad Adam Hanif lahir dengan keadaan kaki kananya bengkok di buku lali seperti kayu golf. Kami teruskan sebab kami rasa Allah beri lorong kepada ibu Adam dan kami. Allah nak bagi rezeki pada kami. Alhamdulillah sekarang Adam Hanif dah 8 tahun. Suamu memilih menghantar Adam di sekolah Agama Hira' sebab nak Adam membesar dengan ajaran agama yang kuat. Supaya dia jadi anak yang soleh dan hebat di dunia dan akhirat.

begitu juga dengan kedua-dua puteri kami, kami nak tekankan ajaran agama. Dalam dunia sekarang maksiat, sumbang mahram minta di jauhkan itu semua. Saya lihat zaman sekarang orang muda kurang dah rasa hormat pada orang yang lebih tua. Saya tak nak ini berlaku dalam keluarga saya. Belajar tinggi tapi tak pandai hormat orang tua.

Biar lah semua seiring... berjaya di dunia, berjaya di akhirat...aamin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.