Kasihnya Ibu

Written By Unknown on Wednesday 12 November 2014 | 11/12/2014 05:39:00 am

Tersentuh hati baca surat khabar semalam kisah ibu meninggal sebab di langgar motor semasa menghantar anaknya pergi sekolah. Itu lah kan pengorbanan kasih seorang ibu.

Anda pasti selalu dengar ini. Dalam banyak-banyak lagu, tapi lagu yang satu ini pasti membuat saya mengalir air mata. 

🎡🎢 Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada

Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya

Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa

Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia 🎡🎢🎢

Impian saya mahu emak saya tinggal dengan saya. Bagaimana dengan anda?  Doakan impian saya termakbul ye...



Nasihat saya ambil berat, tanya khabar dan berbakti lah kepada ibubapa kita selagi mereka bernyawa jangan menyesal di kemudian hari.

Doa dan sedekahkan Al-Fatihah kepada ibubapa anda tak kira lah sama ada mereka masih bernyawa mahu pun sudah meninggal dunia. Kerana tidak pernah lupa mendoakan anak-anak mereka.



0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.