Erti Persahabatan

Written By Unknown on Wednesday 12 November 2014 | 11/12/2014 08:18:00 pm

Apa itu erti persahabatan pada anda?  Apa beza kawan dengan sahabat? ... pelikkan... ada orang yang kita kenal dah lama dari zaman sekolah tapi kita tak boleh nak iktiraf sebagai sahabat tapi kadang-kadang orang yang kita baru kenal jumpa hanya sekali tapi kita dah boleh anggap sahabat.


Pada pandangan peribadi saya, perbezaan antara kawan dan sahabat ialah dengan sahabat kita boleh dan senang nak share cerita, pandangan dan masalah kita.

Jarak dan kekerapan jumpa itu tak penting sebab zaman sekarang itu semua tak ada halan4gan. Handphone atau emailkan ada. 

Sahabat yang baik memberi semangat kala kita jatuh, membimbing kala kita salah dan sesat, sudi mendengar masalah kita, ikhlas mrmberi pandangang. Dan biasanya sahabat ni faham adab untuk menegur jika kita tersilap. Mereka akan menegur tanpa menjatuhkan air muka.

Paling menakutkan ada kawan yang kita sangka kawan sebab depan kita baik dan hormat kita tapi di belakang menikam kita. Minta di jauhkan dari orang yang negetive ini.


Alhamdulillah kerana saya ada sahabat yang sebegini. Saya sayang sahabat saya. Walau pun jauh terasa dekat. Semoga persahabatan kita berkekalan.... aamiin

2 comments:

  1. Sy syg awak... sahabat dunia akhirat, hope mencipta kejayaan bersama

    ReplyDelete
  2. Huhu... jangan cam tu awak. Syg awak juga.. kerana Shaklee kita kenal, bersahabat ..ikhlas dari hati saya... insha Allah kita akan berjaya sama-sama

    ReplyDelete

Powered by Blogger.