Musim Berkhatan

Written By royanty baruddin on Wednesday, 3 December 2014 | 12/03/2014 08:53:00 pm

Kita hanya mampu merancang Allah saja yang menentukan. Kalau di ikutkan plan asal kami, tahun hadapan baru kami nak sunatkan Adam Hanif. Tapi sudah tertulis ahad yang lepas 30hb November 2014, anak kami Mohamad Adam Hanif telah selamat berkhatan dalam program "Seronaknya Sunat sama-sama" (Program 4S) yang telah berlangsung di Kampung Raja Musa.

3 sepupu yang nak bersunat
Program Seronoknta Sunat Bersama-sama di bawah anjuran Restoran Iyad di Kg Raja Muasa. Program ini di buat ulung kalinya di sini. Objektif program ini adalah :

- meraikan kanak-kanak di khatankan semoga hari ini akan mejadi kenangan manis buat mereka
- mengeratkan silaturrahim sesama keluarga kanak-kanak yang terlibat.


Pagi itu acara di mulakan dengan perarakan peserta keliling kampung, bacaan doa, ada acara menepung tawar, acara sembur ria dan penyampaian cenderamata. dan marhaban pun bermula mengiringi upacara berkhatan. Peserta menunggu giliran yang telah di tentukan oleh cabutan undi padi itu.am-macam ragam peserta yang ada , ada yang steady, ada yang takut dan ada yang menangis dan menjerit.

Dari 18 orang peserta, Adam Hanif dapat no 3rd last. Jenuh juga nak menunggu. Alhamdulillah selamat semuanya walau pun haru edikit keadaan masa ini.... biarlah rahsia..


Oleh sebab plan ni mengejut keesokkan saya berkerja. Tinggal la adam 'Berpantang' di rumah. Baru 8 tahun je pun... kesian pun ada. Tapi berkat kesabaran memujuk Adam 'dah tak sakit'.Berjaya juga saya memujuknya. Nasib baik la stock saya yang belum tahu, aya ada Zinc Complax. Pada yang belum tahu khasiat dan manafaat zinc ialah mempercepatkan pemulihan luka dalam dan luaran.


Selain Zinc Complex saya juga bagi Sustained Vitamin C supaya luka cepat kering dan menguatkan sistem.

Semoga Adam Hanif cepat sembuh dan enjoy cuti sekolah ini.

Sesiapa yang plan nak sunatkan anak bolehlah pm saya untuk dapatkan Vitamin C dan Zinc Complex.

Contact : 0133413974
Email : yanty77@gmail.com

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.