Home » » Melakar Impian

Melakar Impian

Written By Unknown on Saturday 6 December 2014 | 12/06/2014 05:10:00 pm

Semua orang ada impian tak kira lah sebesar atau sekecil mana pun. Cepat atau lambat impian anda tercapai bergantung atas usaha anda untuk mencapai impian itu. Pernah tidak anda tuliskan inpian anda? 

Pentingnya tulis, print dan tampal impian anda kerana bila kita lihat impian kita menjadi push factor untuk kita lebih kuat berusaha. Visualkan.... lakarkan.. Untuk menjayakan sebuah impian kita perlukan ilmu untuk meralisasikan impian kita.

Penting adanya impian yang jelas. Nak berjaya kena lah berusaha. Kejayaan tidak akan datang bergolek. Jangan mudah putus asa. Gunakan kekuatan yang ada. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Listkan.... supaya kita boleh cari cara untuk mengatasi kelemahan kita.

Perbincangan dan muafakat dalam group itu penting. Sebab bila ada sesuatu yang kita perlukan bantuan kita boleh dengar cadangan dan nasihat dari semua yang ada di group.

Timbalah ilmu sebanyak mungkin. Jika hendak mencapai kejayaan perlu ada ilmu untuk bertindak. Tanpa ilmu dan guideline kita tak akan ke mana. Umpama layang-layang terputus tali.

" Menuntut ilmu adalah Taqwa
  Menyampaikan ilmu adalah ibadah
  Mengulang ilmu ada zikir
  Mencari ilmu adalah Jihad" - Imam Al-Ghazali




0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.