Home » » Gathering Family TAFF

Gathering Family TAFF

Written By Mum of 3 kids on Saturday 13 February 2016 | 2/13/2016 10:47:00 pm

Lama rasanya tak update blog ni, kekangan masa yang tidak mengizinkan. Dengan tugasan kerja di tempat baru dan tugas-tugas harian. Tapi hari ni gagahkan juga mengupdate. Ni kisah Gathering Family TAFF. Kami yang pernah mendapat tawaran dari TAFF, layak menyertai acara tahunan TAFF. Kali ini TAFF buat family day di Swiss Garden Beach Resort, Kuantan.



Ahli keluarga TAFF dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak turun ke Kuantan. Malam tu kami berkumpul buat latihan untuk performance esoknya. Ye la kan, mana sempat nak berlatih sebab kami semua bukan dari 1 tempat.


Esoknya, hari penyampaian loket kepada baby TAFF yang belum dapat dan upacara memotong kek sempena Hari Keputeraan Tuanku Azizah selaku penaung TAFF. Terharu, melihat keikhlasan TPP kepada semua ibu bapa baby TAFF dan baby TAFF tanpa mengira darjat, bangsa dan agama. Semua baby TAFF merupakan cucu angkat kepada TPP. 






Rasa bersyukur sangat menjadi sebahagian family TAFF. Semoga TPP di beri kesihatan yang baik dan usaha murni TPP di berkati.





0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.