Home » » Aktiviti Hujung Minggu

Aktiviti Hujung Minggu

Written By Unknown on Monday 15 May 2017 | 5/15/2017 09:13:00 am

13 Mei 2017, hari sabtu... Adam hanif ada kelas tusyen UPKK seperti biasa kelas start 8.00 pagi sehingga 12.30. Kebetulan hari yang sama Aliya Maisarah dan Alisha Damia ada program mendekati masjid. Program start 8.30 sehingga 11.30 pagi di Masjid Kg Sementa.

Lelah juga la pagi tu sebab mula-mula plan saya dan suami memghantar Adam ke sekolah manakala Maisarah dan Damia kami minta tolong Tok Din (ayah saya) yang hantar. Tapi nak buat camne Damia seboleh-boleh tak nak.

Selepas itu kami meneruskan perjalan ke Kukup Johor , yang ini panjang juga ceritanya. Mungkin lain kali saya cerita. Klang ke Kukup dan patah balik ke Klang. Penat tu jangan cakap lah tapi alhamdulillah sebab ambil supplement Shaklee sedikit sebanyak membantu juga lah kami bertenaga sepanjang hari. Jam 9 malam kami sampai ke rumah. Sebelum tidur kami tak lupa ambil ostematrix memberi kami tidur yang lena dan menghilangkan sakit pinggang setelah satu hari travel.



Keesokkan memang plan nak rehat je. Kebetulan lauk semalam banyak jadi tengahari tu tak masak pun makan lauk semalam.

Kebetulan mak ada di sini, saya belajar memotong kain dan menjahit baju anak-anak. Terbengkalai juga projek menjahit baju. Kucing kami (sofia namanya). Jangan gelak ye, nama kucing saya yang comel tu owner lama yang letak kami teruskan je.

Pada hari ibu saya dah jadi 'Nenek' kepada 6 ekor anak kucing yang comel-comel belaka.

Rezeki siapa nak bagi. Seronoklah anak-anak kucing tak yah nak berebut sorang satu dah pilih.


0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.